nak klik pon bolehlah =)

Sunday, September 16, 2012

Trip to Australia

salam,
seminggu yg lepas aku dah pun selamat sampai di Malaysia. aku bertolak ke Australia pd 25 Aug- 8 Sept. so kalau nak cite detail and satu2 mmg akan jadi tersangatlah panjg and mlas, so, im just summarize it in one post and another post with lots of picsa. yesza...

selama 2 minggu di sana, aku dan kengkawan telah pergi ke 3 buah states which are Melbourne, sydney and wagga-wagga (unknown place for certain ppl). Kalau nak cerita pasal kos ke australia mmg quite expensive especially curreny dorang sgt tinggi. average habis almost 7k (3k for fees ans 4k for belanja). sangat wow kan tapi aku beruntung sbb ayah yg fully sponsored. so alhamdulillah sesangat lah. dr malaysia kami teros direct to melbourne and stay dekat flinder backpackers. from malaysia to australia almost 8 hours trip and masa di aussie 2 hrs early compare to here. bertolak dari malaysia pukul 10 .30 mlm and sampai pkul 8 pg aussie. teros pergi jenjalan+sight view+shopping ke queen victoria market, st patrick cathederal, royal exhibition building, art centre, shrine of remebrance, town hall etc. and my favorite place goes to queen victoria market of course. heaven gile shopping tak hengat dunia. sampai lupa yang x makan lagi. lepas tuh naya perot kriok2 tunggu nak dinner di blok M, indonesian restaurant. huhu. then kami juga ada visit ke monash university and having a programme there (all about pharmacy).

after 2 days dekat melbourne, then naik domestic flight ke sydney which took almost 1 hour. di sydney kami ada tour to walsh pharmacy yang sgt best. then we also having city tour to bondi beach, harbour bridge, wildlife, darling harbour, chinatown, opera house and also naik cruise =) owh, shopping jangan sekali dilupekan. kami ke Paddy market. even tak setanding dgn queen victorie market but still aku terhabis beratus dollar kat sini. huhu. senang cerita setiap tempat shopping mcm aku je yang paling banyak bawak beg plastik. baggage pn mmg aku dah juara. paling besar dan paling berat. selamat 4 roda. kalau tak naye nak tarik. kami di sydney selama 3 hari. before pergi ke wagga2, kami ada heritage tour to universuty of sydney. seriously the view and building design sgt wow. and each building ade cerita on how it was invented.  dlm pukul 3pm kami naik bus ke wagga2 yang almost 8 hours nak sampai. tido bangun tido bangun pun still x sampai2. haha.

di wagga2 kami banyak spent time dekat charles sturt university (CSU). compare to 3 states di wagga2 plg sejuk and yg teramat sejuk. time ni mulalah rindu kepanasan malaysia. wagga2 ni fresh with green view. everywhere is ladang and sheep. kalau dekat malaysia ibarat mcm dekat pekan2 or kampung gitu. uhu. Di CSU kami ade lectures pasal alzheimer drugs, clinical topic and so on. the professor there are nice, supportive, and very the kind hearted person. kami di jemput dan di hantar ke mana sahaja. the professor is the driver. after tortured with educational session, kami ke small zoo and botanical garden.after 3 days there, 3/4 of us back to melbourne airport by train untuk balik malaysia. and 9 of us stay untuk membuat praktikal dan posting di sana. my experience work at their pharmacy tak boleh jual beli ever. speaking sana sini tuh satu hal. the people. the surrounding. the knowledge. and also im got the inspiration to study abroad one day.

nak cerita pjg lebar mmg susah since sometimes words cant describe everything. u have to experienced it by urself. then you know the value of appreciation somethng. bila berada di negara orang, seakan semua tempat tu cantik and kene tangkap gmbar until satu masa we will decided, store dalam memory je lah. (even my face almost in all pictures) haha.

oklah. itu je yg dapat dikongsi. doakan trip ke UK dan umrah tahun depan berjalan dgn lancar. hehe.

Saturday, September 15, 2012

patah dan tumbuh

 salam...
beberapa minggu yg lalu which i cant remember the exact date either 6/7 Sept (poor me), sahabat sejati aku dah pun fly ke UK for his license aviation engineering selama 2 and a half years. even pejam celik pejam celik je masa, tapi nak biasakn diri mula2 bukan senang. farid pergi waktu aku dekat australia. so, bila balik malaysia dia dah takde. kalau tak mesti dia akan bersama mak ayah tunggu aku dekat airport. hm, no worry, semua pasti baik2 saja. im inspired by him. farid suruh further study dekat Oxford lepas ni sbb jarak 40mins je dari tempat dia, which is Bristol. insyaallah kalau diizinkan, aku bakal ke sana tahun depan right after habis belaja. hadiah sempena berjaya menghabiskan degree. hehe. 


awan tuh cantik =)  




bagilah aku 1000 babies pun still i love them. muahxx!!
mak ayah selalu gurau kata yg bestfren aku ada 3 org je which are farid, kakak and adik. n now, even farid dah jauh but still i have this 2 cute babies with me. just dah takde abg farid nak bawak si kembar pergi Jusco lah lepas ni T_T

Friday, August 17, 2012

me, tarik nafas dalam2..

Assalamualaikum =)


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam

Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

p/s: tetibe rasa ada batu besar yg terhantuk kat kepala. amik sbijik. iye, even umor sebaya tapi dari segi kematangan and persediaan tetap tak sama. dan saat ini aku mengaku masih belum bersedia =)

Saturday, August 11, 2012

this is true friends.

seriously i told you all, hidup seorang diri without family is gile boring. time praktikal oklah. not bad. pagi pergi kerja. balik dh senja. pas terawikh tidur. then bila praktikal dah habis, bangun pagi capai hp usha adik ade x post gambar baru dorang dekat Lincoln. then sebak sengsorang teros pergi siram pook bunge mak, basuh baju, sapu rumah, mop lantai, sidai baju. then, eh, baru pukul 10am? serious mati kutu hidup terlentang tanpa geng nak bergosip. argh, moral of the story. please do appreciate your family members!! yes I do before, now and after.

love, xoxo...

Monday, August 6, 2012

CERITARA BULAN RAMADHAN

salam,

its now 17 ramadhan. sekejap je rasa. praktikal pun minggu ni dah last. family aku yang lain semua dah selamat sampai di Los Angeles, California. yang tak pergi aku and adik aku sorang. the rest 4 pergi. and akan balik ber5 sebab adik aku yang kat sana dah convo. ada jugak yg tanye kenapa family aku pergi LA? ehe. adik aku convocation. so, dah alang2 pergi, teruslah bercuti. akak aku pun nak beli barang hantaran dia kat sana. untung badan T_T

selama aku hidup 23 tahun, and berpuasa sejak berumur 4 tahun, today is my first time buka seorang di rumah. apetah lagi dgn masakn sendiri. serious aku mengaku aku bukan jenis reti masak. tapi kdg2 tu tengok2 la jugak mak aku kat dapur. tadi pun ralat jugak la carik kat mana mak letak bawang, kentang bagai. but you know what, my air tangan like menjadi. hahaha. maybe orang lain masak 15 mins but i took almost doubled! but nevermind, atleast im trying. hahaha. mak ayah, angah dah reti masak. satu kampung kena tahu that im also good in cooking.. hehehehe.

move to another story. dari dulu aku berangan aku akan belajar oversea. UPSR, PMR, SPM sampailah ke Universiti i will work harder nak capai benda ni. but still ade benda yg halang. now, aku aim nk further master/phd after finish my Pre register Pharmacist (PRP) ala2 houseman (for doctors) in 2014. nak dijadian cerita, my bestfriend of mine, farid got the Mara sponsor tuk dapatkan license aircraft engineering. he'll fly to UK this november for 2 and a half years. hehe. sedih sedih sedih and happy for him. 2014 i will follow you ok. so now im aiming nak pergi bercuti ke europe after grad tahun dpn. selamat la mak ayah setuju and plan nak join. ooo tak sabarnya. hehe.

ok bye. love XOXO

Thursday, July 26, 2012

cerita di bazar

salam,

hello everyone. puasa tahan lapar dan dahaga selama almost 13 jam dah selesai untuk hari ini. melantak pun sudah. air minum bergelen2 pun sudah. kepada yang belum lagi bertarawikh or tadarus, bolehlah pergi sebentar. atleast dapat jugak aku pahala cebisan dari kalian atas dasar memperingatkan korang. standard lah. dah kenyang mesti malas kan. berat jea mata rasenye kan.  hahaha

minggu ni aku hanya berbuka puasa bertiga di rumah. ayah, aku dan emak. even adik beradik lain takde but still aku bersyukur ada mak ayah. selepas 5 ogos, bermulahlah hidup aku sebagai orang bujang. family aku semua pergi ke US sbb adik aku nak convo. siap raya sana lagi. confirm sentap hati aku time raya nanti. huhu. so, atas dasar itu, aku menolak semua ajakan berbuka di luar selagi parents aku masih di rumah. aku kena spend time dgn dorang hari2. lepas 5hb, jadual aku dah fully booed. kahkahkah.sedaya upaya aku cuba untuk tidak berbuka puasa seorang diri di hadapan TV sambil  menangis teresak2 mengenangkan family jauh di perantauan. hahaha. ;p

ok. balik kepada topik bazar ramadhan. kami bertiga wajib ke bazar setiap petang. actually, aku dan emak tak kuat makan pun. infacct ayah pun sama. setakat tergoda dengan makanan2 ni memg kami boleh control lah. kalau karipap jual 5 biji RM2, aku beli 2 biji jea. so, secara dasarnya susah nak berlaku pembaziran dlm keluarga aku. tetapi masalh kami adalah kasihan. contoh cam karipap tadi. bila aku dah mintak 2 bijik, ayah tiiba2 akan mencelah konon suruh beli RM2. nanti dari karipap pindah lah ke kuih badak berendam lah. seri muka lah. puteri ayu. tepung pelita. dari 2 biji dah jadi berbijik2. haha.

jalan2 lagi dekat bazar, nampak lah gerai yang macam agak kasihan takde orang beli. apa lagi, mesti salah seorang akn cakap, jomlah pergi beli kat situ. kesian kuih dia x laku. ikotkan, nafsu taknak pun, tapi atas dasar kasihan dan ingin memajukan ekonomi orang Islam, kami akn membeli berbungkus2 lagi makanan. can you imagine bila engko habis pusing bazar tuh, tak ke penuh tangan dengan plastik makanan kalau perangai sedemikian rupa. aigooo. time belum buka puasa, kitorg rileks lagi. bajet macam boleh makan. semua nampk sedap. bila dah kenyang, masing2 mula lah salah menyalah. siap bagi sama rata sapa patut habiskan itu dan ini dimana selalulnya endingnya akan ke alam flora juga.hukhuk.

p/s: di bulan yg mulia ini, ayuhlah banyakkan bersedekah dan memberi makan kepada org lain.

love XOXO

Wednesday, July 25, 2012

RAMADAN kareem!

Salam,

Hopefully still have the chance nak wish all Muslim Selamat Berpuasa. pejam celik pejam celik dah nak masok hari ke-6. How fast time flies. jadi, ayuhlah marilah kta mengumpul pahala seberapa banyak yang mungkin di bulan yg penuh barakah ni. masakan Sogo buat member card sale kita boleh excited giler, inikan pula Allah bagi kite bukan takat diskaun tapi buat satu percuma berganda2. got it? =) syaitan dah kena ikat. so, we choose to decide. kalau malas buat tarawikh tak boleh lah nak bagi alsan "setan banyak sgt keliling aku ni. tuh yg buat aku jd mlas" hah, macam cakap dengan cermin pulak kan. iyolah, syaitan takde dik oi. hangpa tuh yang malas. ngaku je lah. hahaha. ok.

love you all XOXO

Saturday, June 23, 2012

RANDOM

salam and hello everyone.

memandangkan ade requests yg menyuruh update blog,so, terpaksalah memenuhi permintaan ramai kan. hehe. Im done seminggu posting di Pharmaniaga. secara overall, pharmaniaga adalah kilang membuat ubat yg mendominasi as a supplier ubat for kementrian kesihatan malaysia. bak kata supervisor aku, untung pharmaniga amost 14-15 millionw/MONTH. wow! haha. aktiviti harian kami sama je tuk minggu pertama ini. just follow je schedule yang dia bagi. 8-9am, akan ada briefing and short discussion with senior production dekat situ. kami akan discuss for previous lesson yang kami paham and tak paham. then continue follow schedule yang diberi. setakat ni im done with department packing tablet capsule and cream etc, dispensing raw material, manufacturing and packing liquid and cream. kami akan di guide oleh supervisor and then join lah operator buat kerja. sangat best sebab semua orang tak lokek ilmu. siap say hai2 bye2 lagi kalau jumpa kat cafe and nak balik. hahaha. pakain kami ketika dalam kawasan production ubat sangat strict..dari atas ke bawah wajib kaler putih. kami di provide 2 pasang suit, mask. so, dalam kawasan production hanyalah display sepasang mata jea. actually pakaian dalam production strict untuk mengelakkan cross contamination berlaku form outside. kadang2 bila orang tegur or senyum aku kat cafe, aku jadi blur sebab tak kenal siapakah gerangan orang itu since dlm production nampak sepasang mata je kan. huhu. after 2 weeks nanti, kami semua secara individual akan join executive and supervisor untuk assist mereka for their project and i got rainbow project which me myself also dont know what the hell is rainbow project all about. ahah.


now move on to result exam for 3rd year second semester yang direlease 20hb yang lepas. mula2 takdelah berdebar macam before2 ni sbb busy berpraktikal. kebetulan harituh farid yang amik aku balik kerja since parents aku pergi kuantan. then kami lepak kopitiam nak dinner. sesaje lah online pakai hp and tengok kawan2 dah post pasal result. time tuh mulalah dah berdebar bagai. tengok chicken cop depan mata pun tak selera. so, saja2 lah tekan link result yang sebelum2 ni susah sgt nak tembus kan. ni sekali try teros keluar engko punya result. haha. aku scan dulu dari atas ke bawah cari kot2 ada B or C onwords. alhamdullah, tekaan aku salah. result aku hanya A dan A- sahaja. tdan2 dekat situ gak aku menjerit. huhu. excited punya pasal. iyelah, sem lepas rase lost gila time exam. dengan banyak guna ilmu pengetahuan sendri jea. syukur allah je yang tahu. fuh.fuh.fuh. lagi 2 sem nak kena mantain first class degree. semput eden. seriously aku sangat terharu ayah usap kepala aku esok paginya sebelum aku pergi praktikal "pandai anak ayah". sebak pulak time tuh. hahaha.


oklah. itu jea. harini and semalam aku teman mak ayah kakak+tunang dia pergi exhibition wedding anjuran karangkraft. best woo. seriously best. kalau aku jalan berdua ngn mak, mesti orang2 ingat aku yang bakal pengantin. hehe. hopefully everything will run smoothly and hidup kami sefamily akan diberkati. amin. see ya ;p

Monday, June 11, 2012

babies

korang mesti rindu nak tengok gambar kembar yang latest kan. dah pandai berjalan pun budak2 berdua tuh. rindu sangat kat budak berdua ni. cuti ni dorng dah tak de. duduk kat putrajaya.

"best student"

salam,

sabtu lepas sebelum balik KL, aku and family singgah dulu kat rumah paklong di kubang buaya, kuantan. turun kereta, paklong dok panggil " best student" sampai dah. ok. pelik.

then bila borak2 baru paklong bukak cerita dekat mak ayah. satu hari tuh mak long pergi makan2 untuk perasmian kedai emas ni. then ada bebrapa student pharmacy di situ. mak long pun memulakan perbualan " anak sedara aunty ade dekat sana. kami panggil nana. ayah dia rahman.tahun 3" hahaha. then budak2 tuh reply "owh, kenal2. yana tuh. best student pharmacy tu. tapi kami bukan satu batch". adoiyai. haha

situasi ke2, paklong ke sebuah pharmacy untuk membeli ubat. TERjumpa lagi seorang budak pharmacy lelaki. as usual, promote ada anak sedara di UIA. and lelaki tuh reply "mestilah kenal. top student tuh". hahaha. sungguh lawak.

aku belom lagi nak TOP and BEST sangat. long way to go. another 2 semester nak go through ni. but nway, thanx untuk doa kalian. betul kata ayah. biarlah kite di kenali dgn sbb begitu dari rang kenal kite sbb benda2 yang x elok. tak perlu malu. hehe. betol jugak. nway thnx sbb kata2 anda semua adalah satu doa utk saya.

cuti yang tak berapa nak holiday

salam,
 CUTI. hoyeah! tapi seminggu je boleh berehat and bersenang lenang kat rumah. minggu depan start industrial training dekat Pharmaniaga, Bangi for 2 months. then, after raye fly pergi Aussie. then masuk belajar balik as Final year student pharmcy. how fast time flies. pastuh tahun depan kerja. then kahwin. then dapat anak. then anak. anak. hhaha. melalut.

oke. takda ape yang nak story ory. exam kalini no comment. a usual, paper aku tak pernah sikit. sem ni 11 papers aku amik. mustahil emua akn excellent. name student. mesti ada yang lupe, kantoi. tak ingat. tak baca. hahaha. oke, teringat tetiba pper Clinical pharmacy harituh. di mane kami kena menjawab 4 dari 5 short essay and 3 dari 4 long essay which is total 7 essay. so, atleast we have the choice untuk tidak menjawab mana yang tak tahu. uhu. nak dijadikan cerita, aku selak soalan first short essay. gurlp. ANEMIA? otak aku ligat berpikir, napa aku tak de pun note anemia? hahaha. naye. aku tak bace tajuk anemia. setakat type anemia tu mmg boleh teka tapi suruh elobrate pasal macrocystic megaloblastic anemia, eden mmg tak konfiden. eden tahu main causes is folate deficiency jea. hahaha. jantung dah berdegup this means, aku terpaksa menjawab the rest 4 soalan short essays even susah. aku dengan kabutnya, teros selak solan long essay yang ke-4, GURLP utk kali ke2. haha. epilepsy?? terus hati aku berkata "lorh, epilepsy subjek clinical ke. sedap jea aku masukkan dalam file note central nervous system". hahaha. mahu tak mahu, susah tak susah aku terpakse menjawa dan memrah otak untuk the rest 7 soalan. mental down kot time nie sbb benda ni tak pernh jadi dekat aku sebelum2 ni. this is my first time. serious benda2 ni adalah mimpi2 buruk yang aku selalu alami waktu exam. end up, jadi bebetol. T_T

bila ayah tanya, boleh skor kali ni? aku jawab insyaallah fail tak lah. tapi skor tuh kita tengok je lah result nanti. hehehe. oke. salam rejab.

Sunday, May 20, 2012

ayah tetap ayah

salam,

tiba di pekeliling. rutin biasa ayah ini tak pernah berubah. kami turun kereta. beg baju aku diambil. tanganku dipimpin. sambil mencari bus kami jalan berpegangan tangan. sepanjang tu jugak ayah sempat bagi mcm2 nasihat. jumpa bas, ayah ambil tiket and tolong cekkan seat aku. salam ayah.ciom pipi. naik bas and ayah pergi. dalam bus tetiba teringat pesan ayah kelmarin " nanti kalau ayah dah takda, angah suka tak suka angah kena jugak teroskan hidup". sedih tetiba T_T  kasih sayang yg sgt ikhlas dr seorang lelaki yg bergelar ayah.

Thursday, May 17, 2012

cute little babies

i love you
i love you mooore
i love you so much
i love you cute little babies
i love you both SAYANG!!

Happy 1st birthday ;)

                                                           gown from me ;p

Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0

Ini hanya cerita rekaan....

Situasi 1:


Ada sebuah rumah terbakar. Rumah terbakar tu ada manusia. Tidak pasti agamanya apa, amalannya apa, bangsanya apa.

Seorang bukan Islam bergegas cuba menyelamatkan mereka dan memadam api. Dia menjerit-jerit suruh orang ramai datang bersama selamatkan orang. Orang ramai pun datang, dia bagaikan ketua, sambil mengarah dan merisikokan nyawa utk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Tiba-tiba ada seorang Muslim yang berfahaman asabiah datang :


"Mengapa kamu semua terlibat dalam misi menyelamat yang diketuai oleh seorang yang minum arak? Tahukah siapa yang kamu hendak selamatkan? Mereka mungkin bukan orang kita...."

Seorang yang Muslim yang faham agama berkata :


"Selamatkan orang dulu. Manusia yang terperangkap itu ciptaan Allah juga. Matlamat kita membantu di sini untuk menyelamatkan nyawa, bukan bersama untuk menyokong orang minum arak? Apa gunanya orang yang tidak minum arak tapi tidak tahu membantu orang yang dalam kesusahan?”


Situasi 2:


Ada satu perlawanan bola, antara dua pasukan, team A dan team B. Team A adalah campuran antara orang Islam (majoriti) dan bukan Islam. Team B adalah orang Islam.

Selama 4 dekad, team A yang kaya dan selalu menang - walaupun diketuai orang Islam, mereka sanggup menang dengan cara merasuah pengadil, menindas team B dengan menghalang peruntukan yang sepatutnya sampai ke team B, yang semuanya Islam.

Walaupun tewas, miskin, team B tetap wujud tetap melawan team A.

Selama ini, penonton ditindas kerana membeli tiket menyaksikan perlawanan bola sepak berat sebelah yang memihak pada team A.

Team B sedar, bahawa ia perlukan bantuan utk menewaskan team A yang bermain secara kotor. Team B mula bergabung dengan pihak lain termasuk bukan Islam dan bekas pemain team A yang turut inginkan satu perlawanan yang adil untuk melawan team A.

Team A mula mengalami kekalahan, dulu daripada 14 perlawanan, team A tewas satu. Kini, team A kalah 5 daripada 14 perlawanan kpd team B walaupun dengan penipuan.

Orang yang berfahaman asabiah penyokong team A berkata:

"Mengapa team B sanggup bekerjasama dengan orang bukan Islam utk mengalahkan team A yang diketuai orang Islam. Mengapa team B tak nak bekerjasama dengan team A? Jika team B bekerjasama dengan team A, makan orang bukan Islam dalam team B tak boleh menang."

Orang ini terlupa bahawa walhal dalam team A, selama 4 dekad, mereka bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menang team B dengan cara kotor.

Orang yang betul memahami agama pula berkata:

"Kita bekerjasama atas sifat tahaluf siyasi - utk menentang ketidakadilan, ketidaksamaan dan kezaliman team A utk kekal kemenangan. Penonton selama ini ditindas, kerana mereka sebagai pembeli tiket tidak dapat menyaksikan satu pertandingan adil selama ini. Bukan soal menang atau kalah, soalnya ialah penonton mesti dapat melihat dua pasukan yang sama kuat bersaing dengan adil utk memajukan sukan bola utk negara.

Masa team A menang 4 dekad, tak terfikir pun nak bergabung dengan team B. Bergabung antara team A dan team B pula tidak betul, kerana team B yang mempertahankan prinsip keadilan selama ini akan bersekongkol dengan team A yang ingin menang dengan cara yang kotor. Takkan team B nak bersekongkol dengan orang yang menindas. Bila team A mula menang balik, apakah mereka masih perlukan team B?

Team B hanyalah sekadar utk menghilangkan saingan pd team A supaya team A boleh kekal juara."

Kini, wujud pula satu kumpulan C, yang cuba menghalau pengadil yang dibeli. Seperti situasi 1, team A yang ingin mempertahankan pengadilnya, menuduh team B bersekongkol dengan team C yang diketuai bangsa dan amalan berlainan utk menindas team A.

Bagaimanakah misi menukarkan pengadil, memastikan perlawanan bola lebih adil boleh dilihat sebagai satu tindakan menindas dan mencabar team A?

* penulis adalah ketua penerangan PAS pusat


p/s: masih terngiang2 dialog aku bersama 2 couple non muslim semalam yg umor kami lebih kurg sebaya. kate mereka, kalau "mereka' tak takot akan rakyat, "mereka" patot tkot akn ALLAH. dialog ini terjadi bila polis mengepung dan menghlang orang lain masok masjid utk menunaikan solat. so, orang yg tak berada di sana terlmpau banyak yg anda tidak tahu akan hal sebenar dan apa yg kami cuba perjuangkan. ikotkan banyak lagi hal yg kami boleh lakukan dr dok membuang masa ke "sana".

aku terpaksa betolkan statement papers. jumlah yg ke bersih smlm lebih dari 200 000. bukan 8000 spt yg dikatakan media. uhu. 


my second time

 salam =)
setelah sekian lama dirindui peminat2, akhirnya post terbaru aku muncul juga. ahaks.malas nak explain kenapa lama x hupdate blog. kata mahasiswa beb, of course la busy study. ye dok? ;p

then this week aku dapat balik. itupun setelah berkira2 lama tak jumpa mak ayah and kembar. nak capai something, kita kene sacrifise somthing kan? so, kasi redah je minggu ini. actually, mmg betul ramai juga yg tanya aku "balik ni sebab nak pergi bersih ke?" ops sorry, i tak plan pun nak pergi sbb i kan mahasiswa yang fokus dlm study. wee ;)

then otw balik dari kuantan ke KL dgn ayah, banyak la isu2 semasa yg ditimbulkan. then ayah end to the conclusion "angah tak payah la pergi BERSIH 3.0 nanti". aku pun, "oh, oke". tapi macam biasa, mulut kate ok tapi hati berkata "ingin pergi". bila pikir isu PTPTN, corruption sana sini, anak bangsa (dan nasib anak2 aku) in the future, aku jadi cekal hati untuk turut serta mak dan ayah. w/o paksaan sesiapa. the best thing ttg ayah, dia x pernah ajak aku join dia dgn mak, tapi dia x pernah halang if aku nak pergi. lagipun, betul kata ayah, ikotkan kami tak dibayar pun utk turut serta. dan apatah lagi berkepentingan dlm hal bersih ni. sbb family sudah berada di zon yg selesa utk hidup. aku dah ditaja dgn scolarship tanpe perlu risau akn isu PTPTN. so what nak sibuk2 join bersih? jwpn dia mudah.  ofcourse lah  utk mse depan anak aku dan korang. aish. even orang kata aku ni budak KL. nampak moden. but seriously, aku sgt concern akan hal orang2 yg x senansib dgn aku. aku sangat arah bila konsert new year diagung2kan dan dihalalkn malah diberi tempat tapi berhimpun untuk masa depan rakyat diharamkan. akhir zaman.  

ramai kata, kita sbgai pelajar fokus je lah study. tak payah kecoh2 nak sibuk hal politik. skor gempak2 dlm exam. well, aku dean list for 5 sem selama 5 sem aku sebgai plajar kos kritikal farmasi. so, sapa kata student yg terlibat dgn politik ni x fokus dlm study? ;p semua orang ada hak utk memilih. sapa yang tak pergi jangan menilai dgn hanya membuta tuli. sebab sebelum terjadinya kekecohan, terdapat banyak provokasi dr golongan yg suka menyamar ini. cthnya, pemandu kereta polis yg langgar orang tu pun dah siap sedia pakai helmet time drive. kenapa eh? bersiap sedia utk dibelasahkah? sedih. SB (spesial branch) sndri yg memulakan rusuhan dan melarikan diri mnggunakan motor tp peserta bersih yg disalahkan seakan2 melakukan keganasan terhadap polis. allah. sedih sedih and sedih dgn dunia sekarang. aku sendri ke sana. aku boleh menilai. semua orang tolong menolong antra satu sama lain bila kami disembur dgn gas pemedih mata. aku sendri terasa di protect bila mana ramai yg berpangkat abang offer aku air, handpone (line celcom smlm x boleh pakai), and garam.  kami tak mengira bangsa, agama mahupun umur.

 once again, pengalamn tak dapat di jual beli. darah anak muda memang tak boleh buat main lah. panas kemain. part mencarut dan baling membaling tu aku mmg kurang setuju. tapi yelah, dah orang dok mengapi2kan macam2, memang dah cross limit lah. aku pun berapi semlam dgn certain polis. budak lelaki die seret belasah. budak perempuan dorang main kelip2 mata pulak kan. act, bila aku join bersih, mesti tak semena2 semangat jihad  tiba2 naik mendadak. kalau korang tak pergi, korang tak akan pernah rasa akan perasaan itu. bagi aku semua politik takde yg 100% clean. aku pun bukan anti kerajaan. aku just tak berkenan dgn pemerintah sekarang. itu jea. even semua politik kotor, tapi atleast aku tidak menjadi lalang. aku tetap pilih perjuangan and tuntutan yg betol. improve lagi dlm BERSIH 4.0 and so on. see ya ;p



                                                   2.30pm. aku baru terkedek2 trun tren


                                                                            mommy!!!

                                                  adik beradik sahabat sejati susah senang !

p/s: aku x pernah menyesal join even aku kene sembur 2 kali harini sampai sesak2 nafas and mata hidung berair teruk. lagi tak menyesal bila lari lintang pukang kene kejar dgn polis. atleast, aku beriadah mengeluarkan peluh. =)

Friday, March 30, 2012

he's always my idol

salam,
its so-called holiday dah sampai ke penghujung. back to normal-hectic-student life. hee. but, no matter what. its reality kan. bukan senang nak berjaya.

cuti seminggu ni dihabiskan dgn menolong mak jaga si kembar. since hypertension (HTN) mak macam worse. batuk sikit je dah boleh effect sampai ke kepala. ayah pulak ada dekat kuantan. so, aku lah kena hati2 kalau2 ada benda jadi dekat mak. but, bila ayah balik je rumah, ayah lah yang jaga mak. sebelum tido buatkan mak milo. bagi makan ubat. picitkan kepala mak. terharu tengok how ayah layan mak. sbb kalau mak sihat, ayah bukan jenis yang buat air sendiri.

back to 7 years ago, mak disahkan ada ketumbuhan (cancer). from A to Z ayah yang handle. mak cerita, sikit pun mak tak tahu detail pasal penyakit dia sbb ayah x nak mak lemah semangat. ayah uruskan semua treatment dari start operation sampai chemotheraphy. ayah yang deal dgn doctor. since time tuh adik beradik aku duduk hostel, ayah yang dok jaga mak. paling aku tak boleh lupa, time aku datang lawat mak lepas operation tengok yh duduk je sebelah mak. ayah x makan dari pagi sbb takot mak bangun takde orang sebelah dia. ok, kagum T_T

betol kata orang tua, cariklah bakal suami yg menjaga dan melayan IBU mereka dgn baik. kelak, PASTI si isteri juga akn mndapat layanan yang sama.

p/s: happy 25th anniversary mak ayah =)

Tuesday, March 6, 2012

posto posto

salam..

jumaat lepas, tengah syok online tetiba perasan schollmate sekolah rendah dok jual barang2 baby. then apa lagi, dok teringt kat kembar. usha2 barang, terberkenan dekat 'soft book'. x sempat pikir, terus msg kawan, suruh farid bank in duit in advance n tadaaaaaa....













akak and adik with their soft book.



tapi sedih, mak cakap dorang x berminat sangat.odrang lebih interested dengan plastik lutsinar putih yang cover buku tuh =( takpe2, angah balik angah ajar A..B..C yea..;p

Saturday, March 3, 2012

Dush.

salam =)

semester ini aku kurang sikit homesick. act, kurang banyak ;p first, semenjak ayah pindah ke kuantan, hampir every night ayah bawak aku pergi dinner. second, sbb aku dah semakin matang. hahaha. harini masuk sebulan aku memulakn semester baru dan hanya sekali aku pulang ke rumah. ayah pulak yg homesick lebih. tiap minggu dia balik ;p

semster ni semester yg sangat mencabar. bkn dari segi pelajaran, tapi dari segi masa yg sgt terhad. selama sebulan di sini, hampir tiap malam aku ada meeting. dgn sport interbatch, interkulliyyah, national sport, and dgn pharmacy bearers lagi.kadang2 satu malam sampai ada 2 meetng.sob2. hampir tiap hari jugalah aku berjumpa orang itu dan ini. kadang2 rsa janggal bila rasa free. and kadang2 bila rasa fed up sangat asyik meeting,aku larikan diri duduk rumah ayah semata2 nak mengelak dari pergi meeting. hahaha.

bila pikir2 balik, aku x boleh mengeluh sbb ini kewajipan and tanggungjwb. kalau ikhlas, berlipat ganda pahala aku dapat. nak complain busy tak dapat study, mmg cam x patut lak sbb bila free pun aku x study. atleast, i did somthing. bak kata ayah, develop your soft skill how to deal dgn people. dari tak kenal, macam2 orang dah jadi "geng' baik aku sekrang ni. tapi ayah pesan, dari segi pelajaran, jgn pulak jadi macam watak arnab dalam cerita "arnab dan kura2". pecut awal2, atlast kalah sbb tertidur di pertengahan. pergh, insaf terus. alamak tapi, aku mmg takde mood lagi nak study. tak tahu mane nak mulakan. kuiz haritu pun aku jawab based on apa yg aku belajar sem lepas. selamat lah boleh recall. kamonlah liyana. wake up from your kemalasan.

semester ini jugak banyak subject yang memerlukan kerja in a group. bila pikir ada 10 kepala, for sure akan akan ada 10 perangai dan 10 tahap IQ yang berbeza. pernah aku complain itu dan ini dekat farid tentang somthing. and he end to the conclusion, we cant treat people sama macam kita. ada orang sedikit "lambat' utk paham and bkerja. and we must adapt and redha. sbb Allah jaikan semua orang itu tidak sama. dan yg dianugerahkan lebih bakat itu sepatutnya lebih bertanggunjwb utk membimbing rakan yg lain. oke, bila farid kata gitu, aku insaf balik.

okay, dah lah. aku nak start study mencari "interkulliyyah players". uhu. eh, sapa2 yang baca blog ini, tolong doakan pakcik JPA masukkan duit dalam akaun aku and kengkawan cepat sikit. pelik lagi ajaib, kos lain dah dapat, pharmacy je belum. dah lama tak rasa duit beribu riban dalam akaun ;p

Thursday, February 16, 2012

Friday, February 3, 2012

dengan modal RM100

Selamat pagi and assalamualaikum =)

Life is not easy as when we were kids. when we are more mature, there are more problems we encountered. so, patience is the main key. teringat zaman aku diterima masuk ke Matrikulasi UIA. aku hanya menerima tawaran dlm kos sc.physical yg ianya adalah choice terakhir aku dlm borang UPU. ceit. uhu. penat2 skor dalam SPM apply kos perubatan bagai, alih2 kos tu dorang bagi aku. but then, the students are given the opportunity to change their course selaras dengan result SPM. but time tuh dgn rasa rendah diri yg amat sangat, aku hanya apply tukar ke course sains hayat TIDAK perubatan mahupun pharmacy aptah lagi dentist eventhou my SPM result qualified enough untuk dpt kos2 sebegitu. itulah masalah bila aku suka bertanye mereka2 yg lebih berpengelman and MAJORITY respond dorang, "Susah susah susah". and aku yg lurus ni beranggapan, or when they cant, aku pun can't lah. sangat lurus tika itu T_T

but after first sem dekat matrik, dengan berbekalkn rm50 dan result Sem yang x seberapa,aku "mengikut" classmates untuk change to another course which is pharmacy tp im failed. ok. sedih dan malu. 2nd sem dah rasa give up malas nak tukar kos and just follow the flow. tapi taktahu after 3rd semester, sekali lagi berbekalkan rm50 dan CGPA yang agak memberangsangkan, nama aku di KIV kan. tidak diterima mahupun direject. suprise. aku dipanggil ke office untuk berjumpa dengan head department and she offered me either medical, dentistry or pharmacy courses. aku boleh pilih mana suka sedangkan aku hanya apply to change to pharmacy and its not simply easy to get medical course. dilemmaa. terus mintak maa nak kol ayah kejap mintak pendapat and ayah as usual "medical medical medical". suprisingly, aku berkata, "i choose pharmacy" sedangkan niat asal mmg untuk menjadi seorang doktor =)

mula2 join kelas budak pharmacy di matrik sekali lagi buat diri aku down deep to the earth. mentality aku time tu dorang semua gempak2, aku je tak gempak. mmg kolot habis pemikiran aku. but kejayaan is not gifted. ianya datang seiring dgn work hard. finally ehem2, banyak juga aku jadi highest dalam kelas and beat the "original" pharmacy students. alhamdullah =) No matter how hard something at the moment, it will be worth at the end. and that time im decided to just stay in pharmacy and takpayah dah pikir2 pasal nak tukar medical. maybe ini yang ditakdirkan. sorry ayah. even im not become the medical doctor, but promise, i will make you proud proud and proud ;)

semester pertama di UIA sbg pelajar degree sekali lagi aku dijolok dengan kata2 dimana untuk skor dalam pharmacy is hard and to become the dean list student is impossible and rare. if you are failed in subejct adalah common but dean list student is abnormal sbb katanya we are in critical course. teringat lagi kata2 senior tu, sorang senior pharmacy yang baru grad with 3.67 dapat further to oxford. wow. but she said, orang macam tu in pharmacy course adalah 1 dalam 1000. ceh, terasa macam takde kata2 perangsang langsung time tu. T_T biarlah, aku still nak jadi yg rare, abnormal, and satu dalam 1000 tu with my own way. senior tu boleh mesti aku pun boleh. malaysia boleh katakan. hahaha.

after go through the 5 semester di UIA sebagai degree student, setakat ni aku berjaya buktikan yang tak semestinya susah di mata orang lain akan mnjadi susah di mata kita. if you are constantly down in the dumps, its not because someone pushed you there but its because you choose to stay there. thats why aku sangat tak berkenan dgn orng yg agak kurang pandai and sngat kurang usahanya untuk menambah ilmu tapi berlagak sombong seperti tahu macam2. erk.we will never be thankful for who we are until we understand everyone is different and special in their own way. maybe ini hikmah allah tak campak aku to original "medical" field student sbb Dia nak aku rasa betapa susah untuk berjaya and mencapai sesuatu supaya aku lebih menghargai ketika memiliki =)

3 semester to go. lots of subects nak kena hadam. still this semester busy seperti semester sebelum2 (lebih sikit busy) since aku pegang post as head com sport kulliyah pharmacy, mainboard national sport carnival and futsal player. but busy bukan halangan, alasan, dan masalah untuk berjaya. we live with our own way. make it perfect. live life to the fullest. for sure, at the end, kita akan puas dgn kehidupan semalam. sebagai dean list student bukan kebanggan untuk aku tapi ia sebagai award dan hadiah untuk kehidupan semester sbelum sambil berkata dalam hati 'aku pun boleh berjaya apa". hahaha.

dengan bermodalkan rm100,i am in my own track. thanx allah for everything =)

23rd birthday

salam ..
since this year same macam tahun2 sebelum dimane birthday aku x kan berjaya disambut di rumah, so, mereka2 meng'advanced"kn hadiah2 birthday supaya aku gembira dan bersukacita memulakan sem baru di UIA dgn jayanye dan cemerlang#ewaah. haha


orang paling awal belanja hadiah adalah along. dia belanja 2 Padini shirt. then ofcourse mak ayah. this time dapat handbag carlo rino idaman kalbu. then makcik hadiahkn japanese cotton. and lastly from farid. this year aku mintak bnd "tak mahal". Jam casio and compact powder JE. ;p

*hope ilmu dan amalan meningkat seiring dengan peningkatan umur. amiiiin. sayang mereka semua ;)

Monday, January 30, 2012

ke United State lah jawabnya

salam=)

baru2 ini aku ada berborak2 dgn paklong (abg kpd mak) ttg trip family aku yg bakal ke US julai ni. aku terkecuali sbb aku ada industrial training yg perlu dilaksanakn. act, industrial training ni optional sbb ianya salah satu subjek elektif and if aku x nak buat pun takpe. i can choose another subject yg offer semester lain. aku nak sangat menimba ilmu di Pharmaniaga during the industrial training but the problem is aku taknak tinggal sengsorang and beraya w/o family nanti. being the youngest girl in the family menyebabkn aku sedikit "manja" dgn ayah and dia prefer all his children will join him and my mom ke sana. tenang sikit anak2 depan mata. ok then, aku hold dulu keputusan. then paklong yg akan join ke US juga mengapi2kan lagi jiwa aku utk turut serta mereka. sampaikn paklong offer nak sponsor tiket aku ke sane. gurlp. so, i have made my decision. aku just cakap aku akan tangkap gambar for visa aftar i got the exam result and IF the result is 3.6 above. so, aku akan follow dorang ke sana. ececeh. cakap tak pikir.

then, at 1am last night and for the first time sepanjang 5 semester aku kat UIA, aku dapat check result awal. sampai tak sempat nak tutup mata.uhu. owh, this is unbelievable. syukur dkt Allah dgn nikmat Dia yg x putus2. my result is above 3.6 and this is my 4th dean list out of 5 semester. and the happy thing is cgpa aku now in 'first degree" zone. fuuuuh. alhmdullah. kalau fikir ujian every semster mesti rasa give up x boleh skor. tapi aku tetap berpegang kata ayah. put your trust and have faith on Him. Allah akan bagi setimpal dgn apa yg diusahakn but based on kefahaman kita ttg sesuatu knowledge. Allah itu maha adil.

ayah pernah cakap dia x nak anak dia bagi dia kejayaan. BUT, bagi dia kejayaan demi kejayaan. serious takde apa yg lebih membahagiakn diri aku selain buat parents aku bangga. and again, aku dapat lagi buat mereka tersnyum but sekian kalinya =)

*jom sujud syukur*

Sunday, January 22, 2012

the engagement =)

salam =)

the engagement is done. all is well. as expected, rmai gile orang dtg. pekerja ayah cakap more than 500 people. thanx guys for comin n special thnx to aunties, uncles, cousins 4 u all punye big effort for this event. oh, x lupa juga dekat farid. seminggu bertapa dkat rumah semata2 nak menolong.huhu. dah boleh tarik nafas lega even mak ayah dah mule cakap pasal wedding along on 1st dec ni, tapi long way to go i guess. so, boleh relaks dulu. uhu. our theme for this engagemnt is black =)



my little princess



flower girl

the couple


next year maybe ;p




from kamil's side









sweet an sour cousins













everyone keep on asking bile turn aku. uish. along baru tunang. belum kahwin lagi. sabar2 noh. mak ayh siap cadangkn aku tunang time along nikah buln 12 ni. seriously, im not reay yet. family and study always come first ;) ada jodoh insyallah. yg penting parents, aunties, uncles, cousins dah tahu who will be my partner ;)

Thursday, January 19, 2012

pre-engagement yg sangat busy

salam ;)
menjadi anak 'harapan' family is something yang not easy. almost a week aku kat rumah bercuti. yes. this is what im waiting for since last month. even final exam baru2 ni is the most relax final exam compare dgn 4 sem b4 sbb im ONLY have 10 papers, tapi dugaan cubaan ujian nak habiskan 3 minggu exam is very tough. sgt mncabar iman jiwa dan keimanan. seriously. that time rase nak give up lari KL bawak balik kain baju. tinggalkn UIA yg menakutkn. but, penat2 tempuh 2 and half yrs, sng2 aku nak turn back. no way. oke. topic close.

aku sampai KL pukul 11.30pg sbtu lepas. straight away aku ngn parents pergi balik rumah nenek jap. then, mak ajak pergi semua house cari lagi barang2 "hiasan" hantaran yg still x cukup. bak kate ayah, dats woman. selagi majlis x berlgsung, selagi tu semua benda x kan cukup. uhu. then after zuhur pergi lah jalan TAR. almost 5 hours jalan keluar masuk kedai kahwin. time tuh jumpa sape2 mesti dorang pikir aku yang nak kahwin. mak aku iyakan aje. pusing2 sampai agak2 kaki nak patah, aku ngn mak ayah pergi minum dekat sogo. tunggu along balik kerja. then pergi ampang park dinner celebrate birthday kakak aku. time tuh aku dah rase bahang2 ke"busy"an yg bakal melanda diri aku.

mak aku mmg berharap and menunggu kepulangan aku tuk mengemas rumah. sbb mak busy setelkn door gift+si kembar comel. maybe orang kate ini baru tunang, x kan busy kan. majlis tunang kakak aku ala2 nak kahwin dah. khemah ayah tempah sampai 4. pelamin siap bagai. haha. sulung katekan. aku amik jalan selamat panggil bibik cuci rumah. satu hari suntuk bibik kemas rumah. aku just jage kembar. sbulan x jumpe si kembar, dorang dah lincah semacam. semua benda nak dicapai. disebabkn "mainan" favourite dorang adalah suis, so, kompem2 24 hours kene jage dorang. tapi mustahil lah rumah nak kemas kalau ade budak kecik kat rumah. nak kemas rumah and biar kembar main, mmg x lah. x sampai hati dengar dorang menangis x dilayan. so, mmg seminggu aku kat rumah, kerja aku mengadap dorang. bangun pai bawak dorg pergi mandi, makan, tengok tv, main laptop then tido. sorang tidur, sorang bangun. bile yg bangun tuh tido, pandai lak yg tido tuh bangun. so, confirm2 engko x kan free. haha.


seriously x sabar ahad ni berakhir. penat wooh. kakak aku paling relaks. majlis die dah macam majlis aku. haha. mak aku nak buat hantran panggil aku. nak beli bekas panggil aku. nak beli paper bag panggil aku. hantaran x cukup pnggil aku. tp, its fun. bkn selalu kan and better lah dari kene mengadap buku kat UIA ;p


hmm, tapi enjoy duduk rumah dgn 2 budak kecik ni. dorang mmg banyaaaaaak mngajar aku rti sabar sabar dan sabar. nak marah bkn dorang paham. bile aku jerkah sikit, dorang sengih. mesti ingt aku tengah buat lawak. so, mmg x jadi marah lah. huhu. okey lah. dats all.


p/s: ayah sgt baik. bile mngadu lapar ayh suh makan nasi. bile cakap x nak sbb lauk pedas n nanti sakit perut, terus ayah belikn mcdonald. baik kan ayah saye? ehe. aha, farid pun baik. baucar buku die dapat semua dia bg saya. katenye buku belajar sy mahal2 n sy lebih layak dpt ;p