nak klik pon bolehlah =)

Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0

Ini hanya cerita rekaan....

Situasi 1:


Ada sebuah rumah terbakar. Rumah terbakar tu ada manusia. Tidak pasti agamanya apa, amalannya apa, bangsanya apa.

Seorang bukan Islam bergegas cuba menyelamatkan mereka dan memadam api. Dia menjerit-jerit suruh orang ramai datang bersama selamatkan orang. Orang ramai pun datang, dia bagaikan ketua, sambil mengarah dan merisikokan nyawa utk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Tiba-tiba ada seorang Muslim yang berfahaman asabiah datang :


"Mengapa kamu semua terlibat dalam misi menyelamat yang diketuai oleh seorang yang minum arak? Tahukah siapa yang kamu hendak selamatkan? Mereka mungkin bukan orang kita...."

Seorang yang Muslim yang faham agama berkata :


"Selamatkan orang dulu. Manusia yang terperangkap itu ciptaan Allah juga. Matlamat kita membantu di sini untuk menyelamatkan nyawa, bukan bersama untuk menyokong orang minum arak? Apa gunanya orang yang tidak minum arak tapi tidak tahu membantu orang yang dalam kesusahan?”


Situasi 2:


Ada satu perlawanan bola, antara dua pasukan, team A dan team B. Team A adalah campuran antara orang Islam (majoriti) dan bukan Islam. Team B adalah orang Islam.

Selama 4 dekad, team A yang kaya dan selalu menang - walaupun diketuai orang Islam, mereka sanggup menang dengan cara merasuah pengadil, menindas team B dengan menghalang peruntukan yang sepatutnya sampai ke team B, yang semuanya Islam.

Walaupun tewas, miskin, team B tetap wujud tetap melawan team A.

Selama ini, penonton ditindas kerana membeli tiket menyaksikan perlawanan bola sepak berat sebelah yang memihak pada team A.

Team B sedar, bahawa ia perlukan bantuan utk menewaskan team A yang bermain secara kotor. Team B mula bergabung dengan pihak lain termasuk bukan Islam dan bekas pemain team A yang turut inginkan satu perlawanan yang adil untuk melawan team A.

Team A mula mengalami kekalahan, dulu daripada 14 perlawanan, team A tewas satu. Kini, team A kalah 5 daripada 14 perlawanan kpd team B walaupun dengan penipuan.

Orang yang berfahaman asabiah penyokong team A berkata:

"Mengapa team B sanggup bekerjasama dengan orang bukan Islam utk mengalahkan team A yang diketuai orang Islam. Mengapa team B tak nak bekerjasama dengan team A? Jika team B bekerjasama dengan team A, makan orang bukan Islam dalam team B tak boleh menang."

Orang ini terlupa bahawa walhal dalam team A, selama 4 dekad, mereka bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menang team B dengan cara kotor.

Orang yang betul memahami agama pula berkata:

"Kita bekerjasama atas sifat tahaluf siyasi - utk menentang ketidakadilan, ketidaksamaan dan kezaliman team A utk kekal kemenangan. Penonton selama ini ditindas, kerana mereka sebagai pembeli tiket tidak dapat menyaksikan satu pertandingan adil selama ini. Bukan soal menang atau kalah, soalnya ialah penonton mesti dapat melihat dua pasukan yang sama kuat bersaing dengan adil utk memajukan sukan bola utk negara.

Masa team A menang 4 dekad, tak terfikir pun nak bergabung dengan team B. Bergabung antara team A dan team B pula tidak betul, kerana team B yang mempertahankan prinsip keadilan selama ini akan bersekongkol dengan team A yang ingin menang dengan cara yang kotor. Takkan team B nak bersekongkol dengan orang yang menindas. Bila team A mula menang balik, apakah mereka masih perlukan team B?

Team B hanyalah sekadar utk menghilangkan saingan pd team A supaya team A boleh kekal juara."

Kini, wujud pula satu kumpulan C, yang cuba menghalau pengadil yang dibeli. Seperti situasi 1, team A yang ingin mempertahankan pengadilnya, menuduh team B bersekongkol dengan team C yang diketuai bangsa dan amalan berlainan utk menindas team A.

Bagaimanakah misi menukarkan pengadil, memastikan perlawanan bola lebih adil boleh dilihat sebagai satu tindakan menindas dan mencabar team A?

* penulis adalah ketua penerangan PAS pusat


p/s: masih terngiang2 dialog aku bersama 2 couple non muslim semalam yg umor kami lebih kurg sebaya. kate mereka, kalau "mereka' tak takot akan rakyat, "mereka" patot tkot akn ALLAH. dialog ini terjadi bila polis mengepung dan menghlang orang lain masok masjid utk menunaikan solat. so, orang yg tak berada di sana terlmpau banyak yg anda tidak tahu akan hal sebenar dan apa yg kami cuba perjuangkan. ikotkan banyak lagi hal yg kami boleh lakukan dr dok membuang masa ke "sana".

aku terpaksa betolkan statement papers. jumlah yg ke bersih smlm lebih dari 200 000. bukan 8000 spt yg dikatakan media. uhu. 


my second time

 salam =)
setelah sekian lama dirindui peminat2, akhirnya post terbaru aku muncul juga. ahaks.malas nak explain kenapa lama x hupdate blog. kata mahasiswa beb, of course la busy study. ye dok? ;p

then this week aku dapat balik. itupun setelah berkira2 lama tak jumpa mak ayah and kembar. nak capai something, kita kene sacrifise somthing kan? so, kasi redah je minggu ini. actually, mmg betul ramai juga yg tanya aku "balik ni sebab nak pergi bersih ke?" ops sorry, i tak plan pun nak pergi sbb i kan mahasiswa yang fokus dlm study. wee ;)

then otw balik dari kuantan ke KL dgn ayah, banyak la isu2 semasa yg ditimbulkan. then ayah end to the conclusion "angah tak payah la pergi BERSIH 3.0 nanti". aku pun, "oh, oke". tapi macam biasa, mulut kate ok tapi hati berkata "ingin pergi". bila pikir isu PTPTN, corruption sana sini, anak bangsa (dan nasib anak2 aku) in the future, aku jadi cekal hati untuk turut serta mak dan ayah. w/o paksaan sesiapa. the best thing ttg ayah, dia x pernah ajak aku join dia dgn mak, tapi dia x pernah halang if aku nak pergi. lagipun, betul kata ayah, ikotkan kami tak dibayar pun utk turut serta. dan apatah lagi berkepentingan dlm hal bersih ni. sbb family sudah berada di zon yg selesa utk hidup. aku dah ditaja dgn scolarship tanpe perlu risau akn isu PTPTN. so what nak sibuk2 join bersih? jwpn dia mudah.  ofcourse lah  utk mse depan anak aku dan korang. aish. even orang kata aku ni budak KL. nampak moden. but seriously, aku sgt concern akan hal orang2 yg x senansib dgn aku. aku sangat arah bila konsert new year diagung2kan dan dihalalkn malah diberi tempat tapi berhimpun untuk masa depan rakyat diharamkan. akhir zaman.  

ramai kata, kita sbgai pelajar fokus je lah study. tak payah kecoh2 nak sibuk hal politik. skor gempak2 dlm exam. well, aku dean list for 5 sem selama 5 sem aku sebgai plajar kos kritikal farmasi. so, sapa kata student yg terlibat dgn politik ni x fokus dlm study? ;p semua orang ada hak utk memilih. sapa yang tak pergi jangan menilai dgn hanya membuta tuli. sebab sebelum terjadinya kekecohan, terdapat banyak provokasi dr golongan yg suka menyamar ini. cthnya, pemandu kereta polis yg langgar orang tu pun dah siap sedia pakai helmet time drive. kenapa eh? bersiap sedia utk dibelasahkah? sedih. SB (spesial branch) sndri yg memulakan rusuhan dan melarikan diri mnggunakan motor tp peserta bersih yg disalahkan seakan2 melakukan keganasan terhadap polis. allah. sedih sedih and sedih dgn dunia sekarang. aku sendri ke sana. aku boleh menilai. semua orang tolong menolong antra satu sama lain bila kami disembur dgn gas pemedih mata. aku sendri terasa di protect bila mana ramai yg berpangkat abang offer aku air, handpone (line celcom smlm x boleh pakai), and garam.  kami tak mengira bangsa, agama mahupun umur.

 once again, pengalamn tak dapat di jual beli. darah anak muda memang tak boleh buat main lah. panas kemain. part mencarut dan baling membaling tu aku mmg kurang setuju. tapi yelah, dah orang dok mengapi2kan macam2, memang dah cross limit lah. aku pun berapi semlam dgn certain polis. budak lelaki die seret belasah. budak perempuan dorang main kelip2 mata pulak kan. act, bila aku join bersih, mesti tak semena2 semangat jihad  tiba2 naik mendadak. kalau korang tak pergi, korang tak akan pernah rasa akan perasaan itu. bagi aku semua politik takde yg 100% clean. aku pun bukan anti kerajaan. aku just tak berkenan dgn pemerintah sekarang. itu jea. even semua politik kotor, tapi atleast aku tidak menjadi lalang. aku tetap pilih perjuangan and tuntutan yg betol. improve lagi dlm BERSIH 4.0 and so on. see ya ;p



                                                   2.30pm. aku baru terkedek2 trun tren


                                                                            mommy!!!

                                                  adik beradik sahabat sejati susah senang !

p/s: aku x pernah menyesal join even aku kene sembur 2 kali harini sampai sesak2 nafas and mata hidung berair teruk. lagi tak menyesal bila lari lintang pukang kene kejar dgn polis. atleast, aku beriadah mengeluarkan peluh. =)