nak klik pon bolehlah =)

Thursday, July 26, 2012

cerita di bazar

salam,

hello everyone. puasa tahan lapar dan dahaga selama almost 13 jam dah selesai untuk hari ini. melantak pun sudah. air minum bergelen2 pun sudah. kepada yang belum lagi bertarawikh or tadarus, bolehlah pergi sebentar. atleast dapat jugak aku pahala cebisan dari kalian atas dasar memperingatkan korang. standard lah. dah kenyang mesti malas kan. berat jea mata rasenye kan.  hahaha

minggu ni aku hanya berbuka puasa bertiga di rumah. ayah, aku dan emak. even adik beradik lain takde but still aku bersyukur ada mak ayah. selepas 5 ogos, bermulahlah hidup aku sebagai orang bujang. family aku semua pergi ke US sbb adik aku nak convo. siap raya sana lagi. confirm sentap hati aku time raya nanti. huhu. so, atas dasar itu, aku menolak semua ajakan berbuka di luar selagi parents aku masih di rumah. aku kena spend time dgn dorang hari2. lepas 5hb, jadual aku dah fully booed. kahkahkah.sedaya upaya aku cuba untuk tidak berbuka puasa seorang diri di hadapan TV sambil  menangis teresak2 mengenangkan family jauh di perantauan. hahaha. ;p

ok. balik kepada topik bazar ramadhan. kami bertiga wajib ke bazar setiap petang. actually, aku dan emak tak kuat makan pun. infacct ayah pun sama. setakat tergoda dengan makanan2 ni memg kami boleh control lah. kalau karipap jual 5 biji RM2, aku beli 2 biji jea. so, secara dasarnya susah nak berlaku pembaziran dlm keluarga aku. tetapi masalh kami adalah kasihan. contoh cam karipap tadi. bila aku dah mintak 2 bijik, ayah tiiba2 akan mencelah konon suruh beli RM2. nanti dari karipap pindah lah ke kuih badak berendam lah. seri muka lah. puteri ayu. tepung pelita. dari 2 biji dah jadi berbijik2. haha.

jalan2 lagi dekat bazar, nampak lah gerai yang macam agak kasihan takde orang beli. apa lagi, mesti salah seorang akn cakap, jomlah pergi beli kat situ. kesian kuih dia x laku. ikotkan, nafsu taknak pun, tapi atas dasar kasihan dan ingin memajukan ekonomi orang Islam, kami akn membeli berbungkus2 lagi makanan. can you imagine bila engko habis pusing bazar tuh, tak ke penuh tangan dengan plastik makanan kalau perangai sedemikian rupa. aigooo. time belum buka puasa, kitorg rileks lagi. bajet macam boleh makan. semua nampk sedap. bila dah kenyang, masing2 mula lah salah menyalah. siap bagi sama rata sapa patut habiskan itu dan ini dimana selalulnya endingnya akan ke alam flora juga.hukhuk.

p/s: di bulan yg mulia ini, ayuhlah banyakkan bersedekah dan memberi makan kepada org lain.

love XOXO

1 comment:

  1. lps balik bazar tu singgah masjid or surau, letak je kat tmpt makanan dorg,agak2 makanan yg terlebih beli/buat tadi, sikit pun xpe. kira sedekah dahtu sedekahkan lagi. klu dorg tak sentuh masa buka mgkin moreh nnt dorg kosel2 skit, at least bkn kite yg bg kat alam flora..hehe

    ReplyDelete